Epilog

Blog ini menghimpunkan sinopsis dan komen pemilik blog tentang novel-novel yang dibaca. Lebih-lebih lagi novel tempatan. Yalah. Kalau bukan kita, takkan mat salleh di US tu nak baca kan? Bukan rasis, bukan juga diskriminasi. Just my preference.

Genre novel rawak dari cinta hinggalah seram. Hati-hati! Sinopsis dan komen mungkin mengandungi 'spoiler'! Tapi, sebagai pengguna kita berhak tahu isi dan 'kualiti' (jalan cerita) sesebuah buku sebelum membeli atau mula membaca. But then, don't judge a book by its cover.

Niat sekadar ingin berkongsi pendapat, pengalaman dan membantu rakan-rakan ulat buku di Malaysia khasnya dan sekitar Nusantara umumnya. Sama-sama kita bantu satu sama lain. Sama-sama juga kita luaskan budaya membaca di Nusantara. Baca dan terus baca!