Ahad, 9 Jun 2013

Muka Surat 14: Sehangat Asmara oleh Aisya Sofea


Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 548 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-120-7

Sinopsis:
Kamilia Najwa Tan Sri Ahmad Sharifuddin, seorang anak gadis businessman terkenal dan berjaya. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di England. Dia tinggal di sebuah apartmen dengan kawan baiknya, Mimie. Selain melanjutkan pelajaran, mereka kerap kali bersuka ria di bar, pub dan kelab malam di sana. Dia ditemukan dengan Zainal Arief, seorang lelaki Melayu yang berasal dari Malaysia juga. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di peringkat ijazah, Zainal bukanlah pilihan dan taste Kay. Zainal sentiasa cuba menghadirikan diri dalam hidup Kay dengan harapan untuk mengubah cara hidup Kay yang jauh menyimpang dari cara hidup orang Timur itu. Namun segala usaha Zainal mendapat tentangan dari Kay. Sehinggalah pada suatu hari, Kay mengetahui Mimie membawa lelaki ke biliknya dan lebih dari itu melakukan maksiat di belakang Kay. Kay rasa hilang tempat bergantung dan kepercayaan terhadap Mimie. Di waktu inilah Zainal muncul memberi kekuatan dan nasihat buat dirinya. Lama kelamaan mereka jatuh cinta dengan satu sama lain lalu mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun tanpa restu orang tua. Tiga bulan berkahwin, Zainal terpaksa meninggalkan Kay untuk kembali ke tanah air atas urusan peribadi yang mustahak. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Namun, Zainal tidak kembali seperti yang dijanjikan. Tambahan pula Kay kini disahkan mengandungkan anak mereka. Apakah yang terjadi kepada Zainal? Bagaimana pula nasib menimpa diri Kay?

Komen:

Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun ditulis oleh pengarang yang sama seperti novel Adam & Hawa, secara peribadinya Sehangat Asmara lebih memilukan. Mana tidaknya. Kemunculan watak Misya, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang sungguh naïf sungguh mencuit hati dan menyentuh perasaan. Yang lebih menyentuh hati adalah endingnya yang tidak disangka-sangka. Dua tindakan Zainal yang sungguh tidak disangka-sangka. Nak tahu? Kenalah baca!

Sabtu, 8 Jun 2013

Muka Surat 13: Lima Langkah Penulis Unggul

Bila dah jadi pembaca tegar ni, mula timbul rasa ingin menulis. Pernah saya luahan niat ingin menulis novel pada teman-temank. Mereka memberi reaksi positif dengan memberi cadangan mulakan dengan menulis cerpen dahulu.


Rasa ingin menulis tu ada. Semangat pun ada. Tapi, idea belum ada lagi. Nak tulis cerpen tentang apa? Satu lagi yang menjadi kerisauan adalah penggunaan kosa kata. Kosa kata saya taklah seluas mana.

Tips-tips berikut saya perolehi dari review buku Panduan Menulis Cerpen oleh Jasni Matlani. Selamat mencuba!

Lima langkah penulis unggul:


Langkah 1:
Menjana cerpen yang mencetuskan rasa mahu yang mendalam oleh penerbit.

Langkah 2:
Cetuskan 'situasi magnet' yang mengikat pembaca apabila membaca cerpen kita pada kali pertama.

Langkah 3:
Cipta ikatan emosi penulis dan pembaca yang mencipta gelombang rasa yang sama. Bayangan cerita jelas depan mata.

Langkah 4:
Pecahkan tembok halimunan yang menyekat kreativiti karya. Cipta banjir idea yang membawa barisan cerpen berkualiti tinggi.

Langkah 5:
Naikkan potensi dicetak oleh media tempatan dengan strategi pilih dan kirim. Bukan sekadar teori, tetapi ramuan kejayaan yang diadun dan dihidangkan oleh penulisnya sendiri.




Rabu, 5 Jun 2013

Muka Surat 12: Adam & Hawa oleh Aisya Sofea




Tajuk: Adam & Hawa
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 492 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-216-5


Sinopsis:
Ain Hawani seorang gadis remaja yang baru menjangkau umur 20 tahun bekerja sebagai seorang guru sandaran di sebuah tadika sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti. Di situ dia berkenalan dengan seorang jejaka kacak berdarah kacukan bernama Adam Mukhriz. Menurut teman sekerjanya di tadika itu, Am (Adam) merupakan seorang kaki perempuan, suka berfoya-foya, bergembira tanpa batas dan lain-lain lagi. Hal ini disaksikan sendiri oleh Ain di depan matanya ketika Am dengan tanpa rasa malu berpelukan dengan teman wanitanya, Dee. Sepanjang bekerja di sana, Ain hanya menganggap Am sebagai seorang kawan sahaja, tidak lebih dari itu walaupun dia selalu mendapat pelbagai hadiah daripada Am. Sehinggalah satu peristiwa pahit melanda dia dan Am. Semenjak itu, Ain benci sungguh dengan Am. Sampai mati dia akan membenci Am. Ain membawa diri ke kampung. Kebetulan pula dia Berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ain kembali ke Malaysia bukan dengan hanya satu ijazah, tetapi dua! Apakah bakal berlaku dalam hidup Ain selepas itu? Mampukah dia melupakan peristiwa pahit dalam hidupnya itu? Jom, baca!


Komen:
Secara keseluruhannya, empat bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun agak Islamik, tapi rasanya sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Jalan cerita yang touch-and-go juga membolehkan saya cepat membacanya. Walaupun banyak konflik, tapi konfliknya taklah serumit manapun. Penghakhiran cerita yang gembira dan boleh diagak. Jika, sad ending jadi tak best pula kan?


“Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
Dan dekat di hati untuk dicintainya.”

Ahad, 2 Jun 2013

Muka Surat 11: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri 3) oleh Ramlee Awang Murshid



Tajuk: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri 3)
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Thriller/Fantasi
Bilangan muka surat: 503 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-983-124-385-5



Sinopsis:
Kesinambungan dari pada siri novel ‘Bagaikan Puteri’ dan ‘Cinta Sang Ratu’ diteruskan dengan pengembaraan Laksamanan Sunan, Haryani dan Dani dalam ‘Hijab Sang Pencinta’. Laksamana Sunan yang dalam perjalanan dari Aceh ingin kembali ke Tanah Melayu menghadapi pelbagai dugaan di sepanjang perjalanannya. Antaranya, menghadapi manusia tunggangan kejahatan Taghut, Manggala yang asalnya manusia khunsa yang berasal dari Negara China. Siangnya menjadi laki-laki, malamnya menjadi perempuan. Kejahatan Manggala jauh lebih jahat berbanding Maharani Pulau Utara dulu. Selain itu, dia turut berjumpa dengan Guntur dan Sari, adik-beradik yang mengetuai gerakan Panji Tengkorak yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara dan Beragas (Jin Berantai). Namun, dengan ilmu yang sarat di dada dan tidak pernah meninggi diri, akhirnya dia Berjaya kembali ke Kampung Punggor. Sesampai di sana, masalah demi masalah pula muncul. Kehadiran Putri Kober Gandring yang mahu membalas dendam atas kematian Taming Sari dan kemurkaan Sultan Melaka terhadapnya dahulu. Di pertengahan cerita, Laksamana Sunan akhirnya terdampar ke abad ke-21 dan ditakdirkan bertemu dengan Haryani, bagaikan puteri dan Dani, Senggara. Bagaimanakah Laksamana Sunan menyesuaikan diri di era moden ini? Apakah pula cabaran yang menantinya? Sama-sama kita selami!



Komen:

Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Kesinambungan daripada novel pertama dan kedua nampak selari. Pembaca juga dibawa bersama-sama mengimbau kembali kenangan pada novel pertama dan kedua dengan berkesan sekali. Nama-nama seperti Djailuh, Sadik, Rita, Nyi Burga Kelara, Beragas, Senggara, Sang Ratu, Maharani dan lain-lain diungkap kembali. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang penuh debaran ini bersambung ke siri novel keempat iaitu ‘Cinta Sufi’.