Prolog



Helo! Namaku Math. Bukan Matematik. Seorang rakyat biasa di Bumi Kenyalang, Sarawak. Aku terjebak ke dalam kancah 'penagihan' buku tahap tegar ni kira-kira awal bulan Mac 2013 yang lepas. Secara tak sengaja, teman seapartment perkenalkan aku pada novel grafik berjudul 'Le Gardenie'. Dari situ, amat sukar bagi aku untuk berhenti membaca. Aku teruskan pembacaan dengan novel 'Silhouette'. Habis novel tu aku baca, aku beli lagi novel-novel lain. Kebetulan ada baucar buku 1 Malaysia. Memang habis RM200 baucar tu aku belanjakan untuk buku sahaja. Harapanku agar minat ini berterusan sampai bila-bila.

"Sesibuk mana saya di masa depan, I will make and find time to read."

"Sesengkek (Semiskin) mana saya kelak, I will find ways to buy one or two books a month."

Membaca itu indah!