Sabtu, 12 Oktober 2013

Muka Surat 16: What I Feel Deep Down Under My Heart Living Here With These People

kenapa aku perlu tolerate dengan perangai orang? panas baran, tak sabar, rasa diri terbaik, tahu segalanya, macam2 lagilah.

tapi, kenapa orang tak pernah nak tolerate dengan perangai aku? bukan selalu pun aku being selfish.

i guess i have to endure this alone. finish this and get a better life.

oh, bukan aku beri apa2 kebaikan kepada mereka kan?

keluar pun dengan kroni2 mereka. tak pernah nak ingat aku.

"oh, thanks best friend!"
"i miss you so much sahabat!"
"terima kasih kawan sebab belanja!"
"thank you kawan for the birthday surprise!"
"thanks banyak2 teman seperjuangan sebab tolong."

see? orang lain seciput saja jasa. tapi, dapat balasan bergunung-gunung. aku yang jasa tak terkira ni? tak pernah pun dapat compliment macam tu.

yea, i know what you gonna say.
"you don't deserve it!"

now i understand perasaan seseorang yang seperti watak dalam filem KIL tu alami.

yea yea yea! it's okay. i guess the only solution for now is untuk menyendiri. buat diri halimunan. biar mereka rasa aku langsung tak wujud dalam kehidupan mereka.

tapi, my life still goes on. i won't stop doing things i need to do. aku nak berambus dengan segera dari tempat ni and start a new chapter (no!). start a new book of my life.

you, you and you yang buat aku rasa miserable macam ni, i will literally delete you from my memory.

you know what? you didn't win anything. instead i'm the ultimate winner. thanks for making me this stronger.

Selasa, 16 Julai 2013

Muka Surat 15: Cubaan Pertama - "Pulau Harapan"

Berikut merupakan cubaan pertama saya menulis cerita. Pendek kandungannya. Enjoy! P/S: Do leave some comments.

Di sebuah pulau nun jauh di tengah lautan digelar Pulau Harapan terletaknya semua jenis perasaan. Ada cinta, pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan banyak lagi.

Pada suatu hari, ditakdirkan pulau itu tenggelam ke dasar laut. Semua perasaan cuba lari menyelamatkan diri ke pulau berhampiran yang lebih selamat. Begitu juga dengan cinta.

Dalam keadaan huru-hara itu, pentingkan diri lalu di hadapan cinta. Cinta pun berkata, "Bolehkah saya menumpang menyelamatkan diri bersama kamu?" Pentingkan diri terus menjawab, "Sampan saya hanya muat untuk diri saya seorang saja. Kalau saya bawa kamu, kemungkinan saya tenggelam ke dasar laut bersama-sama Pulau Harapan." Pentingkan diri pun terus meninggalkan pulau itu.

Cinta tidak berputus asa lalu dia bertemu dengan kekayaan. Dia memohon pertolongan daripada kekayaan. Kekayaan berkata, "Sampan saya sudah dipenuhi dengan emas, perak, berlian dan harta-harta lain milik saya. Kalau saya bawa kamu sekali di mana saya nak letak harta-harta saya ni?" Khuatir cinta akan mengambil hartanya kekayaan meninggalkan Pulau Harapan dalam sekelip mata.

Cinta letih namun dia tetap gigih mencari bantuan. Sebuah sampan agak kosong dengan penumpang bernama kesedihan lalu di situ. "Sudikah kamu membawa saya lari dari pulau ini ke pulau berhampiran yang lebih selamat?" kata cinta. Kesedihan diam sahaja. Beberapa ketika dia bersuara, "Maaf, saya amat sedih sekarang dan perlukan masa untuk bersendirian." Kesedihan berlalu dari situ dengan muka muram sekali.

Tidak lama selepas itu, sebuah sampan kecil dengan seorang lelaki tua dan wanita muda lalu di tempat cinta. "Wahai anak muda, marilah dengan saya menaiki sampan tak seberapa ini pindah ke pulau yang lebih selamat." Tanpa menunggu lama, cinta terus mendapatkan orang tua itu dan mereka bertiga sama-sama berkayuh ke pulau berhampiran.

Setibanya di pulau baru itu, cinta, orang tua dan wanita muda itu membawa hala tuju masing-masing. Mereka langsung tidak sempat untuk berkenalan. Cinta pun bertanya kepada wanita muda itu. "Kamu kenal siapa orang tua yang menumpangkan kita tadi?" Wanita muda itu menjawab, "Dialah masa."

Di saat-saat akhir, harapan turut tenggelam. Pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan perasaan-perasaan lain tidak kekal lama. Semuanya akan berlalu pergi. Hanya masa yang kekal menyaksikan penantian cinta walaupun penantian itu suatu penyeksaan.


Ahad, 9 Jun 2013

Muka Surat 14: Sehangat Asmara oleh Aisya Sofea


Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 548 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-120-7

Sinopsis:
Kamilia Najwa Tan Sri Ahmad Sharifuddin, seorang anak gadis businessman terkenal dan berjaya. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di England. Dia tinggal di sebuah apartmen dengan kawan baiknya, Mimie. Selain melanjutkan pelajaran, mereka kerap kali bersuka ria di bar, pub dan kelab malam di sana. Dia ditemukan dengan Zainal Arief, seorang lelaki Melayu yang berasal dari Malaysia juga. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di peringkat ijazah, Zainal bukanlah pilihan dan taste Kay. Zainal sentiasa cuba menghadirikan diri dalam hidup Kay dengan harapan untuk mengubah cara hidup Kay yang jauh menyimpang dari cara hidup orang Timur itu. Namun segala usaha Zainal mendapat tentangan dari Kay. Sehinggalah pada suatu hari, Kay mengetahui Mimie membawa lelaki ke biliknya dan lebih dari itu melakukan maksiat di belakang Kay. Kay rasa hilang tempat bergantung dan kepercayaan terhadap Mimie. Di waktu inilah Zainal muncul memberi kekuatan dan nasihat buat dirinya. Lama kelamaan mereka jatuh cinta dengan satu sama lain lalu mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun tanpa restu orang tua. Tiga bulan berkahwin, Zainal terpaksa meninggalkan Kay untuk kembali ke tanah air atas urusan peribadi yang mustahak. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Namun, Zainal tidak kembali seperti yang dijanjikan. Tambahan pula Kay kini disahkan mengandungkan anak mereka. Apakah yang terjadi kepada Zainal? Bagaimana pula nasib menimpa diri Kay?

Komen:

Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun ditulis oleh pengarang yang sama seperti novel Adam & Hawa, secara peribadinya Sehangat Asmara lebih memilukan. Mana tidaknya. Kemunculan watak Misya, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang sungguh naïf sungguh mencuit hati dan menyentuh perasaan. Yang lebih menyentuh hati adalah endingnya yang tidak disangka-sangka. Dua tindakan Zainal yang sungguh tidak disangka-sangka. Nak tahu? Kenalah baca!

Sabtu, 8 Jun 2013

Muka Surat 13: Lima Langkah Penulis Unggul

Bila dah jadi pembaca tegar ni, mula timbul rasa ingin menulis. Pernah saya luahan niat ingin menulis novel pada teman-temank. Mereka memberi reaksi positif dengan memberi cadangan mulakan dengan menulis cerpen dahulu.


Rasa ingin menulis tu ada. Semangat pun ada. Tapi, idea belum ada lagi. Nak tulis cerpen tentang apa? Satu lagi yang menjadi kerisauan adalah penggunaan kosa kata. Kosa kata saya taklah seluas mana.

Tips-tips berikut saya perolehi dari review buku Panduan Menulis Cerpen oleh Jasni Matlani. Selamat mencuba!

Lima langkah penulis unggul:


Langkah 1:
Menjana cerpen yang mencetuskan rasa mahu yang mendalam oleh penerbit.

Langkah 2:
Cetuskan 'situasi magnet' yang mengikat pembaca apabila membaca cerpen kita pada kali pertama.

Langkah 3:
Cipta ikatan emosi penulis dan pembaca yang mencipta gelombang rasa yang sama. Bayangan cerita jelas depan mata.

Langkah 4:
Pecahkan tembok halimunan yang menyekat kreativiti karya. Cipta banjir idea yang membawa barisan cerpen berkualiti tinggi.

Langkah 5:
Naikkan potensi dicetak oleh media tempatan dengan strategi pilih dan kirim. Bukan sekadar teori, tetapi ramuan kejayaan yang diadun dan dihidangkan oleh penulisnya sendiri.




Rabu, 5 Jun 2013

Muka Surat 12: Adam & Hawa oleh Aisya Sofea




Tajuk: Adam & Hawa
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 492 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-216-5


Sinopsis:
Ain Hawani seorang gadis remaja yang baru menjangkau umur 20 tahun bekerja sebagai seorang guru sandaran di sebuah tadika sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti. Di situ dia berkenalan dengan seorang jejaka kacak berdarah kacukan bernama Adam Mukhriz. Menurut teman sekerjanya di tadika itu, Am (Adam) merupakan seorang kaki perempuan, suka berfoya-foya, bergembira tanpa batas dan lain-lain lagi. Hal ini disaksikan sendiri oleh Ain di depan matanya ketika Am dengan tanpa rasa malu berpelukan dengan teman wanitanya, Dee. Sepanjang bekerja di sana, Ain hanya menganggap Am sebagai seorang kawan sahaja, tidak lebih dari itu walaupun dia selalu mendapat pelbagai hadiah daripada Am. Sehinggalah satu peristiwa pahit melanda dia dan Am. Semenjak itu, Ain benci sungguh dengan Am. Sampai mati dia akan membenci Am. Ain membawa diri ke kampung. Kebetulan pula dia Berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ain kembali ke Malaysia bukan dengan hanya satu ijazah, tetapi dua! Apakah bakal berlaku dalam hidup Ain selepas itu? Mampukah dia melupakan peristiwa pahit dalam hidupnya itu? Jom, baca!


Komen:
Secara keseluruhannya, empat bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun agak Islamik, tapi rasanya sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Jalan cerita yang touch-and-go juga membolehkan saya cepat membacanya. Walaupun banyak konflik, tapi konfliknya taklah serumit manapun. Penghakhiran cerita yang gembira dan boleh diagak. Jika, sad ending jadi tak best pula kan?


“Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
Dan dekat di hati untuk dicintainya.”

Ahad, 2 Jun 2013

Muka Surat 11: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri 3) oleh Ramlee Awang Murshid



Tajuk: Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri 3)
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
Genre: Thriller/Fantasi
Bilangan muka surat: 503 muka surat
Cetakan: 2012
ISBN: 978-983-124-385-5



Sinopsis:
Kesinambungan dari pada siri novel ‘Bagaikan Puteri’ dan ‘Cinta Sang Ratu’ diteruskan dengan pengembaraan Laksamanan Sunan, Haryani dan Dani dalam ‘Hijab Sang Pencinta’. Laksamana Sunan yang dalam perjalanan dari Aceh ingin kembali ke Tanah Melayu menghadapi pelbagai dugaan di sepanjang perjalanannya. Antaranya, menghadapi manusia tunggangan kejahatan Taghut, Manggala yang asalnya manusia khunsa yang berasal dari Negara China. Siangnya menjadi laki-laki, malamnya menjadi perempuan. Kejahatan Manggala jauh lebih jahat berbanding Maharani Pulau Utara dulu. Selain itu, dia turut berjumpa dengan Guntur dan Sari, adik-beradik yang mengetuai gerakan Panji Tengkorak yang ingin membalas dendam atas kematian Nyi Burga Kelara dan Beragas (Jin Berantai). Namun, dengan ilmu yang sarat di dada dan tidak pernah meninggi diri, akhirnya dia Berjaya kembali ke Kampung Punggor. Sesampai di sana, masalah demi masalah pula muncul. Kehadiran Putri Kober Gandring yang mahu membalas dendam atas kematian Taming Sari dan kemurkaan Sultan Melaka terhadapnya dahulu. Di pertengahan cerita, Laksamana Sunan akhirnya terdampar ke abad ke-21 dan ditakdirkan bertemu dengan Haryani, bagaikan puteri dan Dani, Senggara. Bagaimanakah Laksamana Sunan menyesuaikan diri di era moden ini? Apakah pula cabaran yang menantinya? Sama-sama kita selami!



Komen:

Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Kesinambungan daripada novel pertama dan kedua nampak selari. Pembaca juga dibawa bersama-sama mengimbau kembali kenangan pada novel pertama dan kedua dengan berkesan sekali. Nama-nama seperti Djailuh, Sadik, Rita, Nyi Burga Kelara, Beragas, Senggara, Sang Ratu, Maharani dan lain-lain diungkap kembali. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang penuh debaran ini bersambung ke siri novel keempat iaitu ‘Cinta Sufi’.

Jumaat, 24 Mei 2013

Muka Surat 10: Takdir Itu Milik Aku oleh Siti Rosmizah


Tajuk: Takdir Itu Milik Aku
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Genre: Cinta/Kekeluargaan
Bilangan muka surat: 1055 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 978-967-5822-08-7


Sinopsis:
Dian Zara seorang gadis malang tinggal di pondok usang bersama-sama dengan ayahnya, Pak Dollah Kutty, neneknya, Nek Wan, ibu saudara merangkap ibu tirinya, Kamsiah dan kakak saudara merangkap kakak tirinya, Adira. Hinaan, cercaan, makian dan sebagainya adalah sebahagian daripada hidupnya. Setiap hari dia menjual kuih dan nasi lemak. Setiap hari juga dia dan ayahnya hanya dibenarkan makan nasi atau keraknasi berlaukkan air garam atau kicap sahaja. Nasibnya bertambah malang apabila niatnya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke menara gading dihalang oleh Kamsiah. Malahan dia disuruh menjadi orang gaji di rumah Zarif Adha, pemuda kaya yang perasan diri bagus. Zarif dengan kekayaannya begitu benci dengan Dian. Nasib Dian bertambah malang apabila ayahnya yang kudung meninggal. Semenjak itu, dia hanya punya Nek Wan tempat menumpang kasih. Namun, cahaya bagaikan menerangi kehidupannya apabila Zarif, majikan tempat dia berkerja sebagai orang gaji melamar dirinya. Apa? Lelaki yang begitu membencinya melamar Dian? Biar betul? Ini semua adalah rancangan Zarif dengan ibunya, Datin Munirah. Rancangan apakah itu? Sama-sama kita baca!



Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Jalan ceritanya yang touch-and-go membuatkan rasa cepat kita mengharungi muka surat demi muka surat buku ini. Dialog hinaan dan makian yang meninggalkan kesan mendalam juga buat kita mengetap bibir membaca. Sepanjang membaca buku ini, jujur saya katakana banyak kali menangis meratapi nasib Dian. Kejam sungguh Kamsiah, Adira, Zarif dan Datin Munirah kepada dirinya. Berikut merupakan beberapa sedutan dialog dari buku “Takdir Ini Milik Aku”.

“Kau jangan ingat aku benci anak kau tu sebabkan dia cacat. Sebelum aku tau dia cacat pun, memang aku benci dengan anak kau tu. Kau tau kenapa aku benci anak kau? Kau bukak lubang telinga kau ni luas-luas dan kau sematkan dalam otak kau ni sampai kau mampus ya!”

“Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku. Kau tau tak, betapa jijiknya setiap kali menyentuh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab itulah aku sanggup usir kau, halau kau macam kucing kurap dari tempat tidur aku. Aku buat kau tak ubah macam perempuan jalang!”

“Macam tulah aku tak ingin tengok muka kawan kau yang bodoh tu. Jijik tau tak, jijik! Nama pun aku haramkan letak kat batu nisan si cacat tu. Hei! Perempuan bodoh, kau dengar sini, aku dah tak nak simpan kau lagi. Mulai hari ni aku...”

Jumaat, 17 Mei 2013

Muka Surat 9: Koleksi Blog Buku

Anda punyai blog buku anda sendiri? Anda juga penulis buku?

Saya dalam usaha mengumpulkan blog-blog buku milik anak-anak Malaysia untuk dikongsikan di blog buku saya.

Tidak kisah blog anda dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu. Mungkin juga bahasa rojak.

Sekiranya berminat, tinggalkan nama blog dan link ke blog anda pada ruangan komen.

Terima kasih!


Rabu, 15 Mei 2013

Muka Surat 8: "12 Rules On Reading"

Terserempak dengan peraturan-peraturan membaca ni. Menarik!

1. Read.
2. Read.
3. Read some more.
4. Read anything.
5. Read about everything.
6. Read enjoyable things.
7. Read things you yourself enjoy.
8. Read, and talk about it.
9. Read very carefully.
10. Read on the run, most things.
11. Don't think about reading.
12. Just read.

Selamat mencuba!

Selasa, 14 Mei 2013

Muka Surat 7: Rak Buku 1

Yang dah banyak koleksi buku tu mesti nak beli rak buku juga kan? Rak buku ni kreatif dan cantik. Pada waktu yang sama, mungkin dapat menarik minat untuk membaca buku di rak tersebut terutamanya kanak-kanak dan remaja.