Rabu, 5 Jun 2013

Muka Surat 12: Adam & Hawa oleh Aisya Sofea




Tajuk: Adam & Hawa
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf21
Genre: Cinta
Bilangan muka surat: 492 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 983-124-216-5


Sinopsis:
Ain Hawani seorang gadis remaja yang baru menjangkau umur 20 tahun bekerja sebagai seorang guru sandaran di sebuah tadika sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti. Di situ dia berkenalan dengan seorang jejaka kacak berdarah kacukan bernama Adam Mukhriz. Menurut teman sekerjanya di tadika itu, Am (Adam) merupakan seorang kaki perempuan, suka berfoya-foya, bergembira tanpa batas dan lain-lain lagi. Hal ini disaksikan sendiri oleh Ain di depan matanya ketika Am dengan tanpa rasa malu berpelukan dengan teman wanitanya, Dee. Sepanjang bekerja di sana, Ain hanya menganggap Am sebagai seorang kawan sahaja, tidak lebih dari itu walaupun dia selalu mendapat pelbagai hadiah daripada Am. Sehinggalah satu peristiwa pahit melanda dia dan Am. Semenjak itu, Ain benci sungguh dengan Am. Sampai mati dia akan membenci Am. Ain membawa diri ke kampung. Kebetulan pula dia Berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ain kembali ke Malaysia bukan dengan hanya satu ijazah, tetapi dua! Apakah bakal berlaku dalam hidup Ain selepas itu? Mampukah dia melupakan peristiwa pahit dalam hidupnya itu? Jom, baca!


Komen:
Secara keseluruhannya, empat bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Walaupun agak Islamik, tapi rasanya sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Jalan cerita yang touch-and-go juga membolehkan saya cepat membacanya. Walaupun banyak konflik, tapi konfliknya taklah serumit manapun. Penghakhiran cerita yang gembira dan boleh diagak. Jika, sad ending jadi tak best pula kan?


“Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
Dan dekat di hati untuk dicintainya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan