Jumaat, 24 Mei 2013

Muka Surat 10: Takdir Itu Milik Aku oleh Siti Rosmizah


Tajuk: Takdir Itu Milik Aku
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Genre: Cinta/Kekeluargaan
Bilangan muka surat: 1055 muka surat
Cetakan: 2013
ISBN: 978-967-5822-08-7


Sinopsis:
Dian Zara seorang gadis malang tinggal di pondok usang bersama-sama dengan ayahnya, Pak Dollah Kutty, neneknya, Nek Wan, ibu saudara merangkap ibu tirinya, Kamsiah dan kakak saudara merangkap kakak tirinya, Adira. Hinaan, cercaan, makian dan sebagainya adalah sebahagian daripada hidupnya. Setiap hari dia menjual kuih dan nasi lemak. Setiap hari juga dia dan ayahnya hanya dibenarkan makan nasi atau keraknasi berlaukkan air garam atau kicap sahaja. Nasibnya bertambah malang apabila niatnya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke menara gading dihalang oleh Kamsiah. Malahan dia disuruh menjadi orang gaji di rumah Zarif Adha, pemuda kaya yang perasan diri bagus. Zarif dengan kekayaannya begitu benci dengan Dian. Nasib Dian bertambah malang apabila ayahnya yang kudung meninggal. Semenjak itu, dia hanya punya Nek Wan tempat menumpang kasih. Namun, cahaya bagaikan menerangi kehidupannya apabila Zarif, majikan tempat dia berkerja sebagai orang gaji melamar dirinya. Apa? Lelaki yang begitu membencinya melamar Dian? Biar betul? Ini semua adalah rancangan Zarif dengan ibunya, Datin Munirah. Rancangan apakah itu? Sama-sama kita baca!



Komen:
Secara keseluruhannya, lima bintang daripada lima bintang saya berikan kepada buku ini. Jalan ceritanya yang touch-and-go membuatkan rasa cepat kita mengharungi muka surat demi muka surat buku ini. Dialog hinaan dan makian yang meninggalkan kesan mendalam juga buat kita mengetap bibir membaca. Sepanjang membaca buku ini, jujur saya katakana banyak kali menangis meratapi nasib Dian. Kejam sungguh Kamsiah, Adira, Zarif dan Datin Munirah kepada dirinya. Berikut merupakan beberapa sedutan dialog dari buku “Takdir Ini Milik Aku”.

“Kau jangan ingat aku benci anak kau tu sebabkan dia cacat. Sebelum aku tau dia cacat pun, memang aku benci dengan anak kau tu. Kau tau kenapa aku benci anak kau? Kau bukak lubang telinga kau ni luas-luas dan kau sematkan dalam otak kau ni sampai kau mampus ya!”

“Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku. Kau tau tak, betapa jijiknya setiap kali menyentuh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab itulah aku sanggup usir kau, halau kau macam kucing kurap dari tempat tidur aku. Aku buat kau tak ubah macam perempuan jalang!”

“Macam tulah aku tak ingin tengok muka kawan kau yang bodoh tu. Jijik tau tak, jijik! Nama pun aku haramkan letak kat batu nisan si cacat tu. Hei! Perempuan bodoh, kau dengar sini, aku dah tak nak simpan kau lagi. Mulai hari ni aku...”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan